Wednesday, May 18, 2011

Cerita hantu . xD

15 Mei 2011 , adalah hari lahirnya yang ke-14 . Aku menggelabah pada saat-saat nak masuknya tarikh tersebut . Aku menggelabah kerana tidak tahu bagaimana ingin menyambut hari lahirnya . Akhirnya aku post kan sahaja Happy Birthday di wallnya . Aku berharap aku dapat menyambut hari lahirnya di sekolah . Malangnya , dah jatuh di himpap tangga . Lidah ku kelu apabila aku masuk ke dalam kelas . Aku nampak dia bersama seorang lelaki , duduk bersebelahan dengannya , yang sedangkan aku tidak pernah berbuat demikian . Aku baru sahaja ingin menyambut hari lahirnya , tetapi hati ku gugur secara tiba-tiba . Rasa sedih yang amat ketika itu , tidak dapat ku gambarkan . Mereka bertumbuk-tumbuk tangan , bergelak ketawa . Rasa rendah diri ku amat ku rasa pada ketika itu . Terdetik dalam hati ku , ' layak kea aku nie jadi bf die ? ke aku ni jea yang persan die cple ngan ku ? dah lah syed , lupe kan jea . kepale kau ! aku sayang die , tapi aku bengap bile depan die . ape pun aku tak bole buat ! ' . Dia kelihatan amat gembira bila bersama lelaki itu . Aku , apabila nampak sahaja benda itu , terus aku cover dengan pergi ke belakang kelas sambil melihat mereka berketawa lagi . Aku ke meja ku , lalu mengambil buku . Aku buka buku tersebut untuk ku jadikan dinding untuk ku melihat mereka . Aku sengaja tidak menegurnya kerana diugut oleh seorang lagi lelaki yang bernama Syahrul Naim . Dia mengatakan bahawa , jika aku menganggu hubungannya , dia akan belasah ku . Ikut hati , memang aku yang akan pijak kepalanya dulu . Tapi , aku berbuat demikian demi tidak mahu menganggu hubungan mereka . Aku harap dia tahu yang aku masih sayangkan dia . Walaupun dia hanya kata ' miz u ' sahaja pada ku . I love you till forever CYG !
_ftensyed_

No comments:

Post a Comment